Pages

Thursday, July 7, 2011

Redha

Ya Allah aku redha dengan ujian ini. Engkau telah memilih aku. Aku takkan menyesal kerana keputusanku didorong oleh istikarahku.  Aku serah segalanya kepadaMu.

Thursday, January 6, 2011

Hari ke 3

Hari ini adalah hari ke 3 aku menjalani praktikum di kolej itu. Aku masih rasa canggung, cuak dan pelbagai perasaan lagi. Aku kena cekalkan hati dan yakin bahawa aku mampu lakukannya, walapun aku takda partner yang sama2 buat praktikum. Inilaha cabaran yang perlu aku lalui. Dan ini adalah satu peluang untuk aku memperbaiki diri, menguatkan fizikal dan mental aku. Insya Allah, aku akan terus bertahan dan lakukan yang terbaik!!!!

Tuesday, December 7, 2010

Catatan kembara ke Beijing

Alhamdulillah, baru-baru ini saya sekeluarga dimurahkan rezeki untuk menziarahi Beijing, sebuah daerah di negara China yang sangat terkenal dengan tinggalan sejarah empayar kerajaan China semenjak zaman sebelum masihi. Kami bertolak dari rumah sewal jam 5 pagi dan bersolat subuh di KLIA memandangkan jadual penerbangan adalah pada jam 9 pagi. Kami perlu berada di KLIA 2 jam sebelum penerbangan. Kali ini kami menaiki penerbangan MAS, dengan low fare cost. Perjalanan mengambil masa selama 6 jam. Ini kali pertama saya ke luar negara dengan perjalanan yang lama. Sepanjang perjalanan tu, walaupun lama, tepi taklah bosan sangat kerana MAS menyediakan entertainment yang boleh tahanlah bestnya. Ada movie dan siaran radio. Saya memilih channel 12 iaitu channel nasyid dan Quran. Makanan yang disediakan sedap dan mengenyangkan. Sarapan pagi ada dua pilihan, omelette dan nasi lemak. Saya pilih nasi lemak sebab tak  reti  nak makan omelette.   Makanan dihidangkan dua kali. Makanan yang kedua ringkas je, iaitu  sandwich sejuk berinti tuna, cheese dan sayur-sayuran.  Kesimpulannya puas hati dengan servis MAS ni. Pramugari pun nampak baik dan suka senyum. Cuma ada satu perkara yang buat saya tak senang hati, dan tak senang duduk, bila mana pramugara dan pramugari menghidangkan arak. Sakit je mata bile diorang (especially yang muslim) lalu lalang bawak arak. Kenapa ye mesti ada arak? Kalau tak minum arak tak boleh hidup ke? 

Saya ada baca leaflet tentang hidangan yang disediakan dalam penerbangan MAS. Ada tertera di situ, semua makanan dan minuman dalam semua penerbangan MAS adalah halal, yakni tidak mengandungi  dan tidak dimasak dengan sebarang bahan yang haram dan disembelih secara syarie. Syabas buat Syarikat Penerbangan Malaysia. Erk, tapi hidangan arak tu camana lak? Semoga selepas ni hidangan arak akan dihapuskan dalam penerbangan MAS. ada je negara-negara yang dah mansuhkan hidangan arak. Hidup je diorang sampai sekarang.

Sesampai sahaja di lapangan terbang, kami membuat urusan tuntutan bagasi. Keadaan di lapangan terbang tidaklah sesejuk mana. Ketika ini hati saya berdebar-debar kerana memikirkan bagaimana agaknya rasa sejuk yang akan saya alami nanti. Ahli keluarga saya dahpun bersiap sedia memakai pakaian sejuk, namun saya tidak berbuat demikian kerana ingin merasai sendiri kedinginan tersebuat tanpa pakaian tebal. Setelah menemui tour guide kami, beliau membawa kami ke kenderaan pelancong. Kami perlu berjalan kira-kira 500 meter dari lapangan terbang ke kawasan parking kereta yang berhampiran. Fuh! Ketika itu saya merasa sejuk yang amat. Menggigil la jugak memandangkan saya tidak memakai pakaian tebal. Suhu ketika itu ialah 5 celcius. Linda, iaitu tour guide kami terus membawa kami ke pertunjukan akrobatik. Pertunjukan tersebut mengambil masa kira-kira 1 jam. Menarik juga persembahan akrobatik tersebut, cuma ada beberapa situasi yang tidak menyenangkan, di mana ketika peserta wanita melakukan persembahan, pakaian mereka sangat menjolok mata, nipis dan sangat ketat. Setiap kali peserta wanita membuat persembahan, saya tidak berminat untuk menonton dan menutup muka dengan scarf yang saya pakai. Saya malu dengan pakaian mereka itu kerana ramai penonton terdiri daripada golongan lelaki. Setelah menonton persembahan akrobatik, kami ke restoran muslim yang berhampiran untuk makan malam. Ada lagi satu perkara yang tidak kurang juga buat saya terkejut. restoran muslim yang kami pergi tu turut menjual arak. Rupa-rupanya kebanyakan restoran muslim/ halal di Beijing memang tak tinggal dengan penjualan arak.

Setelah selesai menjamu selera, kami dibawa ke hotel di mana kami akan menginap di sana selama 3 malam. Hotel tersebut adalah Beijing Wan Cheng HUafu International Hotel. 


Saturday, June 26, 2010

Lagi tentang Palestin

Apabila menonton video ini, pelbagai perasaan yang dirasakan saya. Kagum, sedih, sayu.. dan pelbagai perasaan lagi. Kagum kerana adik yang semuda usia 9 tahun ini malah petah sekali berbicara. Bicaranya pula bukan sebarang bicara, lagaknya bagai pendebat profesional. Jika di Malaysia, rakan-rakan sebayanya mungkin sedang leka menonton rancangan tom-tom bak, idola kecil,

Wednesday, June 2, 2010

Bantah Sedunia

Seluruh dunia membantah kekejaman yang dilakukan oleh Israel terhadap konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Video-video di bawah ini bukti-buktinya. Sebenarnya banyak lagi demonstrasi/ protes yang dilakukan oleh pelbagai pihak di banyak negara, namun tak semua dipaparkan di Youtube. Israel betul-betul menyangka yang masyarakat dunia akan percaya dengan pembohongan-pembohongan yang dicipta mereka, dan mereka sangkakan sokongan akan berpihak pada mereka, tetapi sangkaan mereka meleset sama sekali. Jelas, mereka dalam ketakutan.

Secara peribadinya, saya merasa bangga melihat semangat yang ditunjukkan oleh insan-insan  yang pada hakikatnya mungkin tidak mempunyai apa-apa kepentingan pun kalau mereka nak bantah, mereka hanya org awam, lebih-lebih lagi yang bukan beragama Islam ni.  Yang datang berdemo tu pula ade macam-macam gaya. Yang muslim mestilah wajib  hadir untuk tunjukkan pendirian mereka kan. Saya memperkatakan tentang non muslim yang hadir. Ada yang bertatu, gaya gothic.  Macam2 lagi lah. Mereka semua bersatu atas dasar kemanusiaan. Semoga Allah melimpahkan hidayah dan taufiq buat penentang penentang kekejaman aka pencinta keamanan dan kemanusiaan yang non muslim itu.. untuk mengenali Islam dengan lebih dekat dan seterusnya...menjadikan Islam sebagai anutan dan pegangan hidup untuk selama-lamanya.

Sokongan terhadap Gaza di Norway (boikot barang-barang Israel)


Bantahan di Austalia

Protes di Bonn, German


Protes di Stockholm, Sweden


Protes di Filipina



Protes di Athens, Greece


Protes di Dublin, Ireland


Demostrasi di London

Demonstrasi di Toronto, Canada


Demonstasi di Paris

Tuesday, January 5, 2010

Hikmah berselawat

Tengahari td, saya baru perasan buku teks kaunseling saya yang berharga RM38.50 tiada di bilik. Apa lagi, cemas la. Mahal ooo. Saya cuba ingat-ingat kat mana kali terakhir saya letak. Yang saya ingat, kali terakhir saya pegang buku tu di bilik. Lepastu saya tak ingat ke mana saya bawa buku tu. Saya carik merata-rata tempat. Risau sgt sbb ptg ni saya ada kelas dan saya perlu bawa buku tu. Dalam 1 jam kot saya ambik masa untuk crk buku tu. Letih memang letih sbb turun tangga naik tangga. lepas crk kat bilik, saya turun bawah, crk kat ruang tamu. Cmtulah saya buat.. brp kali ntah tak ingat. Bila dah tak larat sgt saya ambik bantal, konon2nya nak tidur, rehatkan diri dan berharap bila bangun tidur nanti kepala saya dah lega, maka blh crk dgn hati yang lapang. Tapi still tak leh lelap jugak. lelap2 mata, kepala menerqwang duk fikir manalah buku tu berada. Sambil2 tu saya selawat2, minta Allah mudahkan. Last2, saya bangun semula sambil berselawat sebanyak2nya dengan rasa yakin yang Allah akan temukan saya dgn buku tu. selang beberapa minit, akhirnya saya terjumpa buku tu di celah barang2 lain di ruang tamu. alhamdulillah... Allah membimbing hati saya ke tempat di mana buku tu berada. Ini bukan kali pertama. Banyak kali saya berhadapan dgn peristiwa kehilangan barang, terkunci pintu, dan mcm2 persitiwa yang merisaukan dan mendebarkan. Alhamdullilah.. Allah membantu saya menyelesaikan masalah2 tersebut. Pernah sekali tu, semasa di matrikulasi, pintu bilik saya terkunci. Kawan2 cdgkan saya guna kunci pintu bilik diorang. Mula2 tu malas gak nak pinjam, sbb tak logiklah guna kunci pintu orang lain utk buka kunci pintu bilik endiri. Tapi saya tawakkal jelah. Sambil selawat sungguh-sungguh, saya cuba juga buka pintu tu. Setelah beberapa lama mencuba, taraaa.. akhirnya terbuka.

Inilah hikmah berselawat. Yang saya nak tekankan bukan berselawat bila masa-masa susah je, tapi berselawatlah sebanyak-banyakanya tak kiralah di masa susah, mahupun senang. Berselawat di mana sja, bila2 masa.. sbg tanda cinta dan kasih sayang kita pada baginda.
 

Blogger