Saturday, December 18, 2010
Tuesday, December 7, 2010
Catatan kembara ke Beijing
Alhamdulillah, baru-baru ini saya sekeluarga dimurahkan rezeki untuk menziarahi Beijing, sebuah daerah di negara China yang sangat terkenal dengan tinggalan sejarah empayar kerajaan China semenjak zaman sebelum masihi. Kami bertolak dari rumah sewal jam 5 pagi dan bersolat subuh di KLIA memandangkan jadual penerbangan adalah pada jam 9 pagi. Kami perlu berada di KLIA 2 jam sebelum penerbangan. Kali ini kami menaiki penerbangan MAS, dengan low fare cost. Perjalanan mengambil masa selama 6 jam. Ini kali pertama saya ke luar negara dengan perjalanan yang lama. Sepanjang perjalanan tu, walaupun lama, tepi taklah bosan sangat kerana MAS menyediakan entertainment yang boleh tahanlah bestnya. Ada movie dan siaran radio. Saya memilih channel 12 iaitu channel nasyid dan Quran. Makanan yang disediakan sedap dan mengenyangkan. Sarapan pagi ada dua pilihan, omelette dan nasi lemak. Saya pilih nasi lemak sebab tak reti nak makan omelette. Makanan dihidangkan dua kali. Makanan yang kedua ringkas je, iaitu sandwich sejuk berinti tuna, cheese dan sayur-sayuran. Kesimpulannya puas hati dengan servis MAS ni. Pramugari pun nampak baik dan suka senyum. Cuma ada satu perkara yang buat saya tak senang hati, dan tak senang duduk, bila mana pramugara dan pramugari menghidangkan arak. Sakit je mata bile diorang (especially yang muslim) lalu lalang bawak arak. Kenapa ye mesti ada arak? Kalau tak minum arak tak boleh hidup ke?
Saya ada baca leaflet tentang hidangan yang disediakan dalam penerbangan MAS. Ada tertera di situ, semua makanan dan minuman dalam semua penerbangan MAS adalah halal, yakni tidak mengandungi dan tidak dimasak dengan sebarang bahan yang haram dan disembelih secara syarie. Syabas buat Syarikat Penerbangan Malaysia. Erk, tapi hidangan arak tu camana lak? Semoga selepas ni hidangan arak akan dihapuskan dalam penerbangan MAS. ada je negara-negara yang dah mansuhkan hidangan arak. Hidup je diorang sampai sekarang.
Sesampai sahaja di lapangan terbang, kami membuat urusan tuntutan bagasi. Keadaan di lapangan terbang tidaklah sesejuk mana. Ketika ini hati saya berdebar-debar kerana memikirkan bagaimana agaknya rasa sejuk yang akan saya alami nanti. Ahli keluarga saya dahpun bersiap sedia memakai pakaian sejuk, namun saya tidak berbuat demikian kerana ingin merasai sendiri kedinginan tersebuat tanpa pakaian tebal. Setelah menemui tour guide kami, beliau membawa kami ke kenderaan pelancong. Kami perlu berjalan kira-kira 500 meter dari lapangan terbang ke kawasan parking kereta yang berhampiran. Fuh! Ketika itu saya merasa sejuk yang amat. Menggigil la jugak memandangkan saya tidak memakai pakaian tebal. Suhu ketika itu ialah 5 celcius. Linda, iaitu tour guide kami terus membawa kami ke pertunjukan akrobatik. Pertunjukan tersebut mengambil masa kira-kira 1 jam. Menarik juga persembahan akrobatik tersebut, cuma ada beberapa situasi yang tidak menyenangkan, di mana ketika peserta wanita melakukan persembahan, pakaian mereka sangat menjolok mata, nipis dan sangat ketat. Setiap kali peserta wanita membuat persembahan, saya tidak berminat untuk menonton dan menutup muka dengan scarf yang saya pakai. Saya malu dengan pakaian mereka itu kerana ramai penonton terdiri daripada golongan lelaki. Setelah menonton persembahan akrobatik, kami ke restoran muslim yang berhampiran untuk makan malam. Ada lagi satu perkara yang tidak kurang juga buat saya terkejut. restoran muslim yang kami pergi tu turut menjual arak. Rupa-rupanya kebanyakan restoran muslim/ halal di Beijing memang tak tinggal dengan penjualan arak.
Setelah selesai menjamu selera, kami dibawa ke hotel di mana kami akan menginap di sana selama 3 malam. Hotel tersebut adalah Beijing Wan Cheng HUafu International Hotel.
Subscribe to:
Comments (Atom)
